Saturday, August 9, 2008

Karnival Sivik 08





Karnival Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan telah berlangsung 1 hari di Dataran Seven Thirty (7.30) SMK Bandar Baru Sungai Buaya pada hari Rabu bertarikh 6 Ogos 2008. Majlis dirasmikan oleh wakil PPD HS, En Rozali bin Mazlan, TPPD Akademik pada kira-kira jam 10.00 pagi. Pelbagai acara diatur oleh pihak penganjur untuk disertai oleh semua sekolah di Hulu Selangor. Persembahan kebudayaan diboloti SMK KKB sementara pameran kebudayaan disertai oleh sekolah-sekolah lain dalam daerah ini. Tidak ketinggalan gerai-gerai jualan makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia. Pada sebelah petang, peserta PLKN telah berjaya menambat hati para pelajar yang menonton dengan aksi-aksi khas yang dipelajar dalam kem latihan. Karnival berakhir kira-kira jam 3.30 petang dengan kepuasan terpancar dimata para pelajar & guru yang terlibat dalam karnival matapelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan yang pertama kali diadakan anjuran PPD Hulu Selangor. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Kesungguhan dalam bekerja pasti membuahkan kejayaan cemerlang!

Friday, April 25, 2008

Program SEHARI BERSAMA ALAM SEKITAR

Program ini telah dijalankan pada 26 April 2008 mulai jam 8.00 pagi hingga 12.30 tgh. Program ini dianjurkan oleh pelajar Tingkatan 3 Siber dibawah penasihat Pn.Afidahsuzani bt Mohd Noh. Program ini merupakan sebahagian daripada tugasan yang diberikan oleh guru mata pelajaran Pendidikan Sivik & Kewwarganegaraan. Objektif program adalah antara lain bagi mengeratkan silaturahim antara calon-calon PMR 2008, memupuk nilai cinta pada alam sekitar, menanamkan sifat kerjasama dalam pasukan dan menjadikan alam sekitar sebagai tempat yang dipandang bersih, ceria serta tempat mencari ketenangan bagi semua pelajar SM3KB.
Program ini melibatkan semua pelajar tingkatan 3 SM3KB dan matlamatnya untuk melatih pelajar supaya cinta kepada alam sekitar, menceriakan sekolah dengan menanam pokok bunga, membersihkan kawasan sekolah sambil berhibur, merapatkan hubungan antara pelajar serta memupuk kerjasama yang erat di kalangan pelajar.
Program yang telah dirancang lebih awal berupa PAMERA yang berlangsung pada 23 April 2008, KEMPEN yang telah berlangsung pada 25 april 2008 dan kemuncak program berupa SEHARI BERSAMA ALAM SEKITAR pada 26 April 2008.
Semua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan berkesan. Tahniah kepada AJK yang terlibat.

Sekapur Sireh

Selamat Datang ke blog Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu , Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Blog ini dibina pada 26 April 2008 bagi tujuan menghebahkan maklumat-maklumat yang boleh dikongsi bersama oleh para guru dan masyarakat yang ingin mengetahui perkembangan dan perjalanan Panitia ini dari semasa ke semasa. Sebarang cadangan atau pertanyaan bolehlah diajukan kepada pskbea5061@gmail.com . SELAMAT MELAYARI.